Your Ad Here



Gedung Ilmu
Orang berilmu adalah bagai sebuah rumah yang dipenuhi
dengan buku-buku dan rak-rak buku. Dia dapat memimpin dirinya untuk
melakukan pekerjaan yang terbaik dengan cara yang terbaik, dengan izinNya. Orang berilmu
yang sentiasa mengajarkan ilmunya kepada orang lain pula adalah bagai sebuah
perpustakaan yang kebaikannya dapat dimanfaatkan oleh dirinya dan para
ilmuan yang mahu memperbaiki diri mereka.








Ke Gedung Ilmu



Formula Menuntut Ilmu
  • Mesti wujudkan minat yang mendalam
  • Belajar dan cari ilmu melalui pembacaan buku
  • Ijtihad (berfikir) dengan mendalam tentang sesuatu yang dipelajari
  • Hormat guru semoga dapat berkat
  • Korban masa dan tenaga
  • Korban wang ringgit

Tip-tip Belajar Cemerlang

Petua kecemerlangan Nur Asyikin dalam NUA:
- Hormat dan berbuat baik kepada ibu-bapa (bila berbuat salah cepat-cepat minta maaf) .... Dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik (Ayat Al-Quran).
- Usaha, tekun dan tawakkal formula untuk berjaya

Doa:
1. Doa jangan malas
2. Doa terang hati - Selalu baca surah Al-Insyirah (Alam nashrah)
- Allahumma zidni ilman waal hikni bisslalihin.
- Allahumma nawwir qalbi. Binuri hidayatik. Kama nawartal ardha. Binuri syamsika. Abadan abada.

Sikap:
1. Menyukai kursus dan menyukai pensyarah. Hindarkan daripada membentuk tanggapan negatif terhadap keduanya.
2. Sangka baik terhadap Allah, iaitu Allah memeperkenankan doa, setiap kali kita berdoa.
3. Sentiasa bersikap positif.
- Setelah belajar dan berdoa, pejamkan mata dan banyangkan yang anda sedang menjawab soalan dan dapat menjawab dengan tepat setiap soalan.
- Setiap kali bangun dari tidur, pejamkan mata dan banyangkan yang anda menerima slip peperiksaan dengan tersenyum kerana semua subjek yang anda ambil anda dapat "A".
- Dengan cara ini, insya-Allah, minda anda, enzyme, hormon dan semua sistem fisiologi, biokimia, sikologi anda akan menyediakan diri anda ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, jika anda ragu-ragu, sistem yang ada dalam diri anda akan menyeidakan diri anda ke arah kegagalan.

Wallahu aalam

   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

My other blogs: Purplemelastoma
Alur Ilmu


Senarai Surah-Surah
dalam Al-Quran


Petik nama surah untuk
membaca makna

1) Al-Faatihah

2) Al-Baqarah

3) A-li'Imraan

4) An-Nisaa'

5) Al-Maaidah

6) Al-An'aam

7) Al-A'raaf

8) Al-Anfaal

9) At-Taubah

10) Yunus

11) Hud

12) Yusuf

13) Ar-Ra'd

14) Ibrahim

15) Al-Hijr

16) Al-Nahl

17) Al-Israa'

18) Al-Kahfi

19) Maryam

20) Taha

21) Al-Anbiyaa'

22) Al-Hajj

23) Al-Mu'minuun

24) An-Nuur

25) Al-Furqaan

26) Asy-Syu'araa'

27) An-Naml

28) Al-Qasas

29) Al-'Ankabuut

30) Ar-Ruum

31) Luqman

32) As-Sajdah

33) Al-Ahzaab

34) Saba'

35) Faatir

36) Yaa Siin

37) As-Saaffaat

38) Saad

39) Az-Zumar

40) Ghaafir

41) Fussilat

42) Asy-Syuura

43) Az-Zukhruf

44) Ad-Dukhaan

45) Al-Jaathiyah

46) Al-Ahqaaf

47) Muhammad

48) Al-Fat-h

49) Al-Hujuraat

50) Qaaf

51) Adz-Dzaariyaat

52) At-Tuur

53) An-Najm

54) Al-Qamar

55) Ar-Rahmaan

56) Al-Waaqi'ah

57) Al-Hadiid

58) Al-Mujaadalah

59) Al-Hasy-r

60) Al-Mumtahanah

61) As-Saff

62) Al-Jumu'ah

63) Al-Munaafiquun

64) At-Taghaabun

65) At-Talaaq

66) At-Tahriim

67) Al-Mulk

68) Al-Qalam

69) Al-Haaqqah

70) Al-Ma'aarij

71) Nuh

72) Al-Jinn

73) Al-Muzzammi

74) Al-Muddaththir

75) Al-Qiaamah

76) Al-Insaan

77) Al-Mursalaat

78) An-Naba'

79) An-Naazi'aat

80) 'Abasa

81) At-Takwiir

82) Al-Infitaar

83) Al-Mutaffifiin

84) Al-Insyiqaaq

85) Al-Buruuj

86) At-Taariq

87) Al-A'laa

88) Al-Ghaasyiya

89) Al-Fajr

90) Al-Balad

91) Asy-Syams

92) Al-Lail

93) Adh-Dhuha

94) Ash-Syar-h

95) At-Tiin

96) Al-'Alaq

97) Al-Qadr

98) Al-Bayyinah

99) Az-Zalzalah

100) Al-'Aadiyaat

101) Al-Qaari'ah

102) At-Takaathur

103) Al-'Asr

104) Al-Humazah

105) Al-Fiil

106) Quraisy

107) Al-Maa'uun

108) Al-Kauthar

109) Al-Kaafiruun

110) An-Nasr

111) Al-Masad

112) Al-Ikhlaas

113) Al-Falaq

114) An-Naas


Blog Index

Menjadi Pelajar Siswazah
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]
Biologi Sel
[Plasmolisis] [1] [1] [2]

Mikrobiologi

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Berfikir Untuk Berjaya
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]

Asam Garam Kehidupan

Artikel-Artikel Rujukan Dalam Menangani Asam Garam Kehidupan




Sukan dan Riadah


Kerohanian

Sains


Iktibar
[1]



JALAN-JALAN CARI RESIPI

EDUCATIONAL LINKS & INFORMATION

Microbiology Resources
Microbiology Resources
Scientific Communication Resources
Immunology Resources
Personal Development
Al Quran On-line
Universiti-Universiti di Malaysia
Hit Counter by Digits
Mula April 2008





Terkenang

Kita terkenang pada sesuatu peristewa
Kerana peristewa itu penting dalam sejarah hidup
Manis atau pahitnya pahit peristewa bukan ukuran
Asalkan ia mencorakkan hidup masa depan kita
Kita terkenang pada sesuatu yang kita tidak dapat padanya
Mengira-ngira bangaimana sesuatu yang diimpikan luput dari genggaman
Kekadang berangan-angan bagaimana rasanya jika sesuatu yang luput itu dipunyai
Pejamkan mata, tergambar indahnya suasana dialam maya
Namun fikiran waras kita kerap melebihi angan-angan
Lalu kembali berpijak di alam nyata...syukur.
Kita terkenang pada sesuatu yang berlalu di masa lampau
Kerana tidak mungkin kita kembali pada masa dan tempat yang sama
Kerana yang dikenang itu sudah berubah dan kitapun berubah juga, kekadang tiada
Jadi, mengapakah kita masih mahu mengenang perkara yang lepas itu?
Mengapakah tidak terlintas di hati untuk mengenang masa-masa mendatang?
Hmmm.... bolehkah kita mengenang sesuatu yang belum berlaku?

Ogos 2008


Bahtera di lautan bergelora

Bahtera belayar di lautan bergelora
duapuluh lima nakhoda silih berganti
mengemudi bahtera di paksi yang satu
berzaman lamanya pada arahtuju yang lurus
persis pada titian siratal mustaqim

Walau dilambung gelombang setingi gunung
walau dipukul ribut taufan yang meranap segala
walau diserang berjuta naga dan jerung yang ganas
walau dirompak lanun yang membunuh setiap yang bernyawa
namun bahtera tetap pada paksinya itu

Ramai sudah pelayar yang kecundang
mereka yang terjatuh dek tipu daya pemujuk daif
mereka yang terjun memilih fatamorgana
tertipu dek gamitan bahtera-bahtera gah lagi perkasa
dilengkapi keselesaan dan makanan untuk berpesta menjamin keseronokan yang sementara
tanpa ketakutan dan keputusan bekalan
hanya belayar di lautan tanpa tujuan hakiki
besarnya kapal menjadi ukuran
tidak mungkin karam sampai bila-bila

Wahai penghuni bahtera ini
yang datangnya dagang perginya pun dagang
singgah sementara di alam buana yang fana
inilah wadah pelayaran yang hakiki
jangan terhina dengan daifnya bahtera ini
yakinkan diri pada lurus arahtujunya
melalui perjalanan dengan matlamat yang jelas
semoga tiba dipenghujung alam
dengan berbekalkan hati yang sejahtera
bertemu dengan yang Maha Pencipta

free counters

Mula 2 Februari 2009

Senyuman Yang Indah

Senyuman yang indah
Mekar di kelopak bibir
Jelmaan hati yang ikhlas
Mencermin budi pekerti yang luhur
Sedekah yang sangat bererti
Bukan manisnya jadi ukuran
Keikhlasan satu tuntutan
Mesra sesama insan
Wacana hati yang sejahtera
Sinar tulus hati
Bukan untuk menggoda
Bukan dibuai nafsu rakus
Bukan sinis beracun
Suka duka dilindungi
Wajah muram dilakarkan seri
Nukilan rasa hati
Kelak...
Senyuman yang indah
Terukir di pagi hari

10 Disember 2001

Mencari Erti Hidup

Apa ertinya hidup bagi yang serba kekurangan?
Apa erti hidup jika tidak sempurna?
Apa erti hidup jika merempat?
Apa erti hidup jika sentiasa gagal?
Keluhan yang kekurangan
Siang dan malam mempersoal
Apa yang diharapkan pada esok!

Apa ertinya hidup bagi yang kaya raya?
Hidup ini adalah padang bersuka ria
Dialah manusia yang paling bahagia
Dunia di dihati menguasai gerak geri
Hidup ini segala-gala yang dicita
Siang dan malam memuji
Pandainya diri!
Pabila mati lenyaplah diri

Apakah tubuh yang hancur itu tandanya manusia itu mati?
Tidak!
Manusia tidak mati selama-lamanya
Hidup mati hanyalah tanda perpindahan alam
Hidup di dunia adalah padang ujian
Hidup di akhirat adalah padang penilaian
Siapa di antara manusia yang baik amalannya
Bagi yang memahami erti mati, dunia di tangan bukan di hati
Sentiasa bersyukur pada yang ada
Memahami rezki diberi mengikut kadarnya
Membelanjakan harta berpada-pada
Hanya menuntut keredaanNya

2005

Sunday, January 22, 2012
Mencari Jodoh X


(Sambungan daripada Mencari Jodoh IX)

Kononnya andalah orangnya yang ditinggalkan itu. Jadi, andapun mulalah muhasabah diri. Anda cuba mengingatkan kembali setiap kata-kata dan  kelakuan anda semasa dengan dia atau semasa beracakap dengan dia dalam telefon. Anda fikir.... suara kurang sedap didengar ke? Ketawa kurang menarik ke? Cara anda berpakaian tidak berapa pandai ke? Ahli keluarga anda kurang berada ke? Macam-macam boleh difikirkan. Tidak kurang pula menyusupnya pemikiran tanggapan negatif ke dalam minda anda terhadap motif dia mendampingi anda. 

Pendek kata semua kemungkinan anda cuba akan fikirkan.Tetapi hendak mengatakan dia itu ada niat tak baikpun, dia tidak ada lakukan apa-apa pada anda; dia tidak juga mengambil peluang ke atas diri anda. Akhirnyanya, anda jadi buntu. Anda tidak tahu apa punca sebenar.  

Anda mengambil keputusan untuk bersemuka dengan dia. Anda betul-betul mahukan penjelasan. Malupun malu jugalah. Dah orang tak nak, buat apa lagi nak sibuk-sibuk nak minta penjelasan? Betul tak? Anda bertanya kepada diri anda. Iya tak iya juga, anda jawab sendirilah. Sebab kalau tanya orang malu juga rasanya.

Jadi anda telefonlah dia. Kalau tak silaplah, kemungkinan besar dia tak angkat pun telefon dia tu. Jika dia angkatpun dia tidak jawab pertanyaan, atau dia kata setakat itu sajalah perkenalan antara anda dengan dia. Kalau dia beri jawapan pun, anda mungkin tidak mahu terima. Sebabnya, walaupun anda beriya-iya sangat mahukan penjelasan, tetapi sebenarnya bukan penjelasan yang anda mahu. Anda sebenarnya mahu hubungan anda dengan dia diteruskan hingga ke jinjang pelamin.  

Mungkin anda membuat keputusan untuk meluahkan perasaan anda pada seorang kawan. Tetapi, hendak menerima kata-kata sokongan moral "jangan rasa susah hati sangatlah tentang itu" adalah sesuatu perkara yang sukar bagi anda. Andapun spontan sahaja menjawab, "tak kena pada kau bolehlah cakap." Untuk sesiapa yang hendak menenangkan kawan yang berada dalam keadaan begini, ada dua perkara yang perlu dielakkan. Pertama, ayat seperti di atas; kedua perkataan "sabar". Pantang bagi mereka yang berada dalam keadaan baru ditinggalkan kekasih atau ditinggalkan oleh teman yang hendak dijadikan kekasih dinasihati begitu rupa. 

Pilihlah perkataan-perkataan lain.

Kemungkinananya anda tak ada buat salah apapun. Kemungkinan teman anda itu sedang cuba mencari pasangan, dan apabila dia merasa anda bukan orangnya, cepat-cepat dia mengundur diri sebelum anda menjadi lebih mengharap. Mungkin juga ada segelintir lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang kenalan. Setelah mengenali semua, barulah dia memilih seserorang yang dia rasa paling sesuai. Malangnya, dia memilih orang lain, bukan anda. Perkara begini mungkin terjadi kepada pihak perempuan dan pihak lelaki. Kitapun biasa mendengar cerita tentang seorang perempuan yang melayani cinta dua orang lelaki dalam satu masa dan akhirnya terpaksa memilih salah seorang daripada mereka. Kalau begitu dia sepatutnya beri tahu awal-awal!, anda komplein. Kalau boleh diapun nak bernuat begitu. Tetapi kalau dia beritahu awal-awal, nanti tak ori pula kelakuan seseorang yang dia nak cuba-cuba nak menilai itu.

Dalam apapun keadaan, orang yang ditinggalkan atau tidak terpilih akan merasai akibat perpisahan itu. Sedih, kecewa, gusar dan sebagainya. 

It's not fair!!! No no no!! Protes habis-habisan

May be. What if you were the one who was chosen, was it not fair?

Kononnya lagi andalah orangnya yang kena tinggalkan itu; anda hendak memilih untuk terus bersedih dan berdendam? Kalau untuk seketika mungkinlah. Tetapi kalau dibiarkan terus-menerus, ia akan merosakkan jiwa dan mendorong anda untuk melakukan kezaliman dan syirik. Anda menjadi tidak reda dengan ketentuan Allah. Semua ini telah ditentukan oleh Allah dari asal. Anda memang tidak ada jodoh dengan dia. Memang telah ditakdirkan akan lahir anak-anak selepas itu yang berbapakan dia dan beribukan perempuan lain,  bukan beribukan anda. Perkara ini sudah ditulis dalam Luh Mahfuz.

Adakah anda hendak menyalahkan taqdir? Fikirkan sejenak. Mungkin akan datang masanya akan lahir seorang yang beribukan anda dan berbapakan orang lain dan bukan orang yang anda  inginkan itu. Itupun telah tertulis dalam Luh Mahfuz juga.  

Saya simpati pada anda. Bukan saya seorang. Ramai lagi yang bersimpati pada anda. Jadi, teruskan hidup, teruskan berdoa dan dan solat hajat.

Bertawakkal pada Allah. "..... Dan barangsiapa tertawakal pada Allah, Dia akan memberikan jalan keluar ..."

Jalan terbaik ialah untuk meluahkan semua perasaan anda kepada ibu anda. Ibu anda adalah orang yang paling baik mendengar (good listener) dan paling sabar untuk menerima keadaan dan memberi nasihat. Ibu anda adalah orang yang paling mustajab doanya. Utamakan ibu anda dalam semua hal berkaitan dengan diri anda. Mungkinkah sebelum ini anda banyak membelakangkan ibu anda? Mungkinkah ibu anda mengetahui hubungan anda dengan seseorang teman melalui kawan ibu anda? Banyakan bagaimana perasaan ibu anda itu apabila dia tidak tahu menahu, sedangkan orang lain bercakap tentang anda, anak dia? Dia tak tahu, sedangkan orang lain semua tahu. 

Lupakan yang lama dan mulakan yang baru. Jika ada cerita-cerita baru, ceritalah pada ibu. Jadikan ibu anda orang yang pertama mengetahui tentang cerita itu. Minta dia doakan kejayaan anda. Solat hajat. Kalau malamnya solat hajat, esok paginya berdermalah, pada orang miskin ke atau masuk tabung surau ke, tak jadi hal. Perbuatan derma itu memudahkan permohonan diterima. Seringgit ke, seratus ringgit ke, pun tak jadi hal. Janji, ikhlas kerana Allah Ta'ala. Mudah-mudahan anda berjaya, insya Allah.


Posted at 11:52 pm by ismad
Share Your views  

Monday, December 12, 2011
Menjadi Pelajar Siswazah 10

 

Menjadi Pelajar Siswazah (10)

Tanpa melengahkan masa anda terus sahaja berjumpa dengan penyelia anda. Bersemangat tinggi. Bersedia untuk memulakan memulakan kerja. Rela hati dan berterima kasih dalam menerima apa sahaja tugas sulung yang akan diberikan oleh penyelia anda.  Itulah sikap yang sebaiknya. Percayalah bahawa setiap satu kerja yang ditugaskan kepada anda adalah input kepada pembangunan diri anda sebagai seorang sarjana (atau scholar) dan juga input kepada pengolahan acuan kerja-kerja penyelidikan yang anda akan lakukan di dalam makmal utuk tempoh anda menjadi pelajar sarjana di bawah seliaan beliau. Dan sudah semestinya ia juga menjadi bahan yang anda akan digunakan dalam penulisan tesis anda kelak.  

Pembangunan seorang sarjana adalah matlamat jangka panjang yang harus dijalani oleh seseorang yang bakal menjadi seorang penyelidik sebagai bidang kerjaya. Proses pembangunan kesarjanaan melibatkan pembelajaran dalam tiga domain, iaiitu domain kognitif, affektif dan psikomotor. Secara ringkasnya domain kognitif menekankan kebolehan minda untuk berfikir. Domain afektif pula menekankan perasaan dan emosi, dan psikomotor pula menekankan keterampilan atau skill dalam melakukan kerja fizikel. Setiap domain meliputi pelbagai aspek, dan setiap aspek perlu diasah untuk meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan graduan sarjana muda.

Domain kognitif apabila diasah dengan cara dan pengisian yang betul adalah jalan terbaik untuk pelajar siswazah menjiwai kebolehan untuk merekabentuk, mengatur strategi, mengaplikasi, meterjemah, menganalisis dan memperihal serta mengarang.  Kecemerlangan dalam aspek-aspek ini adalah kunci kepada perjalanan penyelidikan yang lancar di sepanjang tempoh and amenjalankan penyelidikan.  Contohnya, dengan kebolehan merekabentuk yang dimikili, seseorang pelajar siswazah dapat mereka bentuk sesuatu eksperiment supaya eksperimen itu menepati tuntutan prinsip-prinsip statistiks dan rekabentuk eksperimen, dapat dijalankan pada kos dan kuantiti sampel yang terhad dan seterusnya dapat dianalisis semua data yang didapatkan menerusi eksperimen itu

Satu contoh lagi ialah kebolehan untuk memperihal dan  mengarang.  Kenapa dua ketrampilan dalam kedua-dua aspek ini penting?  Jawapannya ialah, kedua-duanya adalah asas kepada komunikasi saintifik, dan komunikasi saintifik yang meluas digunakan oleh para saintis ialah penulisan. Bagi seseorang pelajar siswazah, komunikasi penulisan yang akan dihasilkan di akhir tempoh pengajian ialah sebuah tesis sarjana atau tesis doktor falsafah. Tanpa wujudnya sebuah tesis yang tertulis, mungkin tiada seorangpun pelajar siswazah yang akan dianugerahkan ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah.  Untuk aspek-aspek lain yang diseutkan di atas pelajar boleh mendapatkan contoh-contohnya dengan membaca buku-buku atau laman-laman web yang berkenaan.

 

Posted at 08:34 am by ismad
Share Your views  

Tuesday, October 11, 2011
Mencari Jodoh IX

Mencari jodoh adalah satu "projek" keluarga dari anak yang hendak berkahwin kepada ayah dan ibu yang hendakkan anak-anak mereka berkahwin. Ini bermakna setiap ahli keluarga patut memberi sumbangan kepada tugas mencari jodoh ini. Cuma bagaimana dan dalam bentuk apa? Jawapan kepada soalan itu sudah dibincangkan sedikit sebanyak dalam posting yang telah lalu. Maka adalah wajar untuk saya cuba membentangkan secara menyeluruh peranan setiap ahli keluarga itu. Dalam kata lain, menggulung intisari bagi perkara-perkara dan isu-isu yang telah dibentangkan sebelum ini.

Memutar kembali perkara-perkara yang terlepas pandang sebelum ini dapat mengingat kembali butir-butir penting yang boleh dijadikan rujukan terhadap diri sendiri. Tetapi, jika sudah digulung, maka siri ini akan berakhir. Dan masih banyak lagi yang boleh dibentangkan. Jadi, dengan rasa tanggungjawab untuk berkongsi idea, saya memilih untuk tidak menggulungnya kali ini. Anda rasa bagaimana?

Kemungkinannya saya tidak akan terima jawapan dari anda. Macam juga kalau kita berikan kuliah pada pelajar-pelajar universiti di Malaysia ini. Dalam kebanyakan hal, pelajar tidak akan menjawab secara suka rela soalan yang dilontarkan ke dalam kuliah. Kalau ditujukan kepada seseorang, dia akan menjawab dengan "reluctant". Pensyarah terpaksa jawab sendiri soalan dia. Kesian pensyarah, ya!. Jadi saya pun tidak tunggulah jawapan anda; sayapun teruskanlah apa yang saya hendak tulis di ruangan ini.

Tuan-tuan, puan-puan, encik dan cik yang saya hormati dan kasihi, kita hidup dianugerahkan dengan paras rupa (wajah) dan bentuk badan serta warna kulit yang berbeza-beza dan unik. Tidak ada dua orang yang sama seratus peratus, walaupun kembar seiras. Dari segi paras rupa setiap orang boleh dikatagorikan kepada sangat lawa/sangat handsom, lawa/handsom, sederhana, boleh tahan, dan kurang sikit (maaf, bahasa yang tidak langsung). Tetapi kriteria atau kayu ukur yang digunakan oleh untuk orang lain untuk menilai kecantikan (kehandsoman/ kesegakan atau lain-lain) seseorang adalah berlainan. Hatta, kalau ada orang yang kata seorang gadis itu "kurang sikit", ada juga hamba Allah yang menilai dia sebagai "boleh tahan" atau pada kategori yang lebih tinggi. Maka, kecantikan atau kelawaan seseorang gadis (wanita) itu adalah relatif (to certain extent).

Jadi, kata-kata "beauty is in the eyes of the beholder" itu memang ada betulnya.

Maaf, saya lebih menekankan kepada persoalan wanita berbanding lelaki, sebabnya soal handsom, lawa, segak ini kurang penting bagi lelaki dalam soal mencari jodoh.

Anda seorang gadis/wanita.  Anda telah cuba didekati beberapa kali oleh jejaka/lelaki.  Andapun telah beri respons yang terbuka. Tetapi setiap kali anda mula terasa dialah orangnya yang akan anda pilih, jejaka itu sudah mula merenggangkan diri.

Apa salah anda? Apa kurang anda? Anda cuba mencari jawapan.....

Posted at 07:34 am by ismad
Share Your views  

Saturday, October 08, 2011
Zulfahmi Khairuddin Pelomba Motogp Kelas 125cc


Zulfahmi Khairuddin  adalah seorang anak muda yang berada dalam tahun kedua setelah menceburi bidang perlumbaan motosikal dipentas dunia. Beliau menunggang motosikal Derbi dan dipromosi oleh AirAsia-SIC dan diurus secara teknikel of pasukan Ajo Motorsports. Sekarang menduduki tempat ke 17 dengan megutip sebanyak 21 mata berbanding dengan 4 mata pada tahun pertama beliau menyertai perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto dalam kelas 125cc. Tahniah.

Baru-baru ini kita berasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh pemain bola sepak Mohd Safee Sali. Pemain dan berbakat dan tidak jemu mengasah bakat beliau dengan berpindah ke Indonesia dan bermain untuk pasukan Pelita Jaya. Beliau telah diberi peluang untuk menguji bakat di Cardiff City. Bagaimanapun, apa-apa impian untuk bermain di liga England adalah sangat tipis. Ini disebabkan UK mempunayi syarat permit kerja yang amat ketat untuk pemain luar negara diimport bermain di UK. Syarat ini ialah kedudukan pasukan negara dalam ranking bolasepak dunia. Pada masa iniMalaysia adalah pada kedudukan 147 sementara syarat yang diberikan ialah sekurang-kurangnya menduduki ranking 70.  Ranking pasukan Malaysia turun sebanyak 48 tempat dari kedudukan 99 pada bulan September 2003.

Kita berdoa agar nasib Zulfahmi Khairuddin lebih baik dari Safee. Pencapaian beliau adalah sesuatu yang juga diikuti oleh ramai rakyat Malaysia yang menjadi peminat lomba motosikal dunia. Berusia baru 20 tahun, beliau mempunyai masa depan yang cerah untuk melakar nama di pentas dunia itu, insya Allah. Tidak kurang pentingnya ialah kedudukan beliau sebagai contoh yang penting bagi anak-anak Melayu kita yang hanya membuang masa dengan berempit-rempit dan berpeleseran di merata-rata tempat di tanah air yang tercinta. Kesungguhan beliau untuk memperbaki teknik perlumbaan di perantauan adalah suatu yang perlu dicontohi oleh anak-anak muda, walaupun berkecimpung dalam bidang apa sekalipun.

Motogp 2011 akan berkunjung ke Litar Sepang tidak lama lagi. Sama-samalah kita tunggu dan doakan kejayaan beliau untuk mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.


Posted at 12:07 pm by ismad
Share Your views  

Monday, August 29, 2011
Eid Mubarak

 


Selamat Hari Raya Eidil Fitr

Eid Mubarak

 

Maaf Zahir dan Batin

Posted at 09:36 am by ismad
Share Your views  

Tuesday, July 26, 2011
Menjadi Pelajar Siswazah (9)

 

Mendaftar selesai dan tempat tinggal pun sudah ada. Yang baiknya jika dapat kediaman di dalam kampus.  Itu kalau ada. Kalau tidak ada memadailah tempat kediaman yang dekat dan suasana sekeliling yang kondusif untuk belajar.   Eloklah anda terus sahaja beri perhatian pula pada perkara yang amat penting dalam hidup anda sekurang-kurangnya semasa anda berada dalam program yang anda baru mendaftar tadi tu.  Anda harus lakukan perkara itu segera, agar semangat dan perasaan anda untuk memanjat tangga ke aras yang lebih tinggi dalam tingkatan akademik, tidak berkurangan.  Anda perlu bertemu seseorang  yang akan membantu anda dalam mencas nadi  kesarjanaan anda sebelum ia menjadi lemah.  Caslah denyutan nadi itu agar anda berupaya melancarkan perjalanan kembara ilmu yang anda sudah mulakan itu.

Orang yang saya maksudkan itu ialah penyelia anda.  Dialah guru anda dan dialah orang yang akan membimbing anda sepanjang anda berada dalam program siswazah yang anda telah mendaftar itu. Dialah yang akan membimbing anda dalam melakukan penyelidikan dan menulis tesis. Maka pergilah anda bertemu dengan penyelia tesis anda itu sebelum hati anda terpaut kepada benda-benda lain yang boleh memesongkan fokus anda kepada tujuan asal anda kembali ke kampus itu. Biarlah dia itu orang yang paling anda suka dan hormati dari mula anda mendaftar sehingga anda mendapat ijazah anda.  Biarlah bilik makmal penyelidikannya adalah tempat yang anda paling suka berada.  

Untuk menyukai dan menghormati penyelia anda, anda carilah kebaikkannya.  Jika ada keburukannya, dialah juga seorang manusia.  Kenalilah dia agar anda menyedari akan pengorbanannya terhadap anda.  Dengan berbuat begitu baru anda mengerti  bahawa peranan seorang penyelia bukan setakat membimbing dan memberi ilmu, bahkan menyediakan kelengkapan dan bekalan bahan penyelidikan untuk anda.Sesuatu program siswazah dalam bidang sains dan teknologi tidak akan berjaya tanpa adanya bekalan bahan penyelidikan.  Dan, yang lebih penting ialah untuk anda menginsafi (appreciate) bahawa peruntukan wang yang banyak adalah diperlukan untuk membeli semua bahan-bahan bekalan penyelidikan itu.  Secara umum, setiap bahan yang nampak biasa sahaja mungkin berharga RM 500 hingga RM2000. Jumlah perbelanjaan untuk membekalkan bahan-bahan penyelidikan sepanjang tempoh pengajian seorang pelajar siswazah boleh mencapai RM20,000 hingga RM200,000. Nah! Dari mana datangnya wang itu? Siapakah dia orangnya yang memberi atau mendermakan wang sebanyak itu?  Adakan ini diperuntukkan dalam bajet tahunan universiti? 

Soalan-soalan seperti ini mestilah berada dalam minda anda.  Tak mungkinlah seorang itu tidak merasakan bahawa sesuatu bekalan makanan yang ada di dalam dapur wujud tanpa dibeli dengan wang.  Demikianlah juga dengan bekalan bahan penyeldikan di dalam makmal, tentu memelukan wang juga.  Jika tidak ada keingingan untuk menyoal diri, adakan segera. Kalau sudah ada, anda perbaiki. Maka tanamkanlah dalam diri anda supaya sentiasa bersyukur. Kerana dengan adanya wang penyelidikan adalah juga bekalan  bahan penyelidikan.  Dengan hati dan lidah sntiasa besyukur kepada Allah, maka hati anda akan sentiasa tertanam semangat untuk membalas jasa orang yang menyediakan kemudahan ini untuk anda. Cara yangterbaik untuk anda membalas jasa itu ialah dengan melakukan penyelidikan yang penuh tekun dan teliti.  Berwaspada pada setiap langkah agar setiap bahan penyelidikan yang anda gunakan itu ada hasilnya, dan diperoleh dalam masa yang sesegera yang mungkin.

Untuk merasai betapa betuahnya diri anda apabila dipilih menjadi seorang pelajar siswazah di bawah seliaan seseorang pensyarah, saya ceritakan sedikit tentang bagaimana wang penyelidikan itu diperoleh.  Begini.  Sebelum seseorang penysyarah itu mahu mengambil seseorang pelajar siswazah, dia terlebih dahulu perlu ada geran penyelidikan. Geran penyelidikan ini berbeza-beza banyaknya, mungkin paling sedikit RM30,000 dan mungkin mencapai hingga RM2-3 juta. Bukan senang untuk mendapat geran peyelidikan yang manfaatnya diterima oleh pelajar-pelajar siswazah itu.  Pertama sekali pensyarah telah bertungkus lumus menyediakan proposal penyelidikan dan kemudian menghantarnya kepada badan pemberi geran penyelidikan di luar universiti.  Proses penyediaan dan penghantaran proposal penyelidikan ini dibantu dan diselenggara oleh pihak universiti melalui mekanisma yang melibatkan Fakulti dan Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti yang dikenal dengan nama singkatan RMC. Setelah geran diperolehi, pensyarah dan universiti menanda tangani dokumen perjanjian dengan badan pemberi geran penyelidikan itu.  Perkara utama yang ditekankan dalam dokumen perjanjian ialah kewajipan penyelidik (pensyarah) membuat laporan setiap tiga bulan dan juga untuk menerbitkan kertas kerja dalam jurnal serta mengkomersalkan hasil penyelidikan itu.

Bagi membantu pensyarah melakukan penyelidikan itu, maka pensyarah memasukkan juga  peruntukan wang bagi membiayai graduan berijzah untuk melakukan kerja-kerja mamal., yang disebut sebagai pembantu penyelidik.  Maka apabila geran penyelidikan diluluskan, pensyarahpun menawarkan jawatan pembantu penyelidik kepada graduan universiti dengan elaun antara RM1000 hingga RM2000, bergantung kepada kelulusan pembantu penyelidik itu. Pembantu penyelidik adalah diwajibkan untuk bekerja sepenuh masa. Untuk membantu pembatu penyelidik meningkatkan dirinya, maka pada kebiasaannya pembantu penyelidik digalakkan mendaftar sebagai pelajar siswazah. Dianggarkan setelah tamat tempoh geran penyelidikan, pembantu penyelidik akan berjaya mendapat ijazah master atau PhD.  Dengan kelulusan yang lebih tinggi maka pelajar siswazah itu akan berpeluang mendapat pekerjaan melebihi keadannnya sebelum ini.

Kadang-kadang ada pelajar siswazah yang sanggup mendaftar untuk memulakan program siswazah tanpa biayaan skim pembantu penyelidik ini. Setelah mendaftar mereka memohon untuk zamalah universiti. Dengan adanya zamalah unuiversiti ini mereka juga akan dapat wang sara hidup bagi menjalani kehidupan di kampus. Tetapi mengharapkan zamalah sebagai sumber kewangan seharusnya tidak diharapkan sepenuhnya. Ini adalah kerana bilangan yang memohon kian meningkat dan tawaran bergantung kepada PNGK yang diperoleh semasa mendapat ijazah pertama dahulu. Biasanya PNGK minimum ialah 3.0, walaupun dalam keadaan tertentu, pelajar-pelajar yang kurang dari 3.0 mungkin juga ditawarkan.

Yang penting, anda mesti sematkan dalam hati bahawa sama ada anda diberikan status pembantu penyelidik, penerima zamalah universiti, ataupun menggunakan wang sendiri untuk sara hidup, anda tetap menggunakan bahan bekalan penyelidikan yang dibeli melalui geran penyelidkan yang diperoleh oleh penyelia anda. Maka anda bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dengan tekun dan teliti agar penyelidikan anda menghasilkan dapatan penyelidikan yang boleh diterbitkan dalam jurnal atau dikomersalkan seperti yang terkandung dalam perjanjian antara pensyarah, universiti dan pemberi geran penyelidikan.

Sebaliknya, jika anda membuat penyelidikan sambil lewa atau dengan tidak teliti atau kedua-dunya sekali,  anda mungkin hanya akan membazirkan bahan bekalan penyelidikan sahaja. Lebih nyata pembaziran itu jika diambil kira bahawa bahan-bahan itu telah dibeli dengan harga yang mahal. Tambah bermasalah lagi, jika anda berhenti dari program siswazah anda kerana anda ditawarkan pekerjaan di tempat lain, dan anda pula melakukannya tanpa memberitahu penyelia serta tidak menghantarkan sebarang hasil penyelidikan yang anda telah lakukan,.  Maka anda sudah melakukan sesuatu yang tidak patut terhadap penyelia anda dan univeristi.  Wang penyelidikan telah digunakan tetapi hasilanya tidak dapat untuk dimanfaatkan. Bayangkan anda, bagaimana penyelia anda hendak memenuhi perjanjian yang telah ditanda tanganinya semasa dia menerima geran penyelidikan itu dahulu?  Fikirkan anda,  apakah peluang  penyelia anda itu akan diberikan lagi geran penyelidikan pada masa akan datang?  Fikirlah masak-masak sebelum anda memohon untuk meneruskan pelajaran anda sebagai seorang pelajar siswazah. 

Mungkin dalam hati anda ada timbul satu perasaan untuk membahasi apa yang saya katakan ini dengan alasan bahawa anda bayar yuran setiap semester, maka saya boleh jawab begini: Pertama, jika anda menjadi pembantu penyelidik, wang yuran itupun asalnya datang dari geran penyelidikan pensyarah itu juga.  Jika anda mendapat zamalah universiti,  anda mungkin tidak dikenakan yuran pengajian. Kalau kenapun wang yuran itu asalnya datang dari universiti juga. Keduanya, yuran yang anda bayar itu hanya sekitar RM1500-RM RM2500 satu semester.  Kalau hendak dibandingkan dengan kos bahan bekalan penyelidikan yang anda gunakan, wang yuran itu hanya sedikit sahaja. Pada kebiasaanya sesuatu ekperimen itu boleh melibatkan kos antara RM50-RM500. Kadang-kadang sesuatu ekperimen yang anda lakukan itu mungkin memerlukan kos melebihi RM2000. Kesimpulanya, anda, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada anda. Gunakan kurniaan dan peluang yang dihidangkan kepada anda untuk mencapai tahap terbaik dalam penyelidikan anda. Doakanlah penyelia anda supaya diapun sentiasa bersyukur seperti anda juga. Semoga usaha anda dipermudahkan dan diberkati, dan anda berjaya menghabiskan program siswazah anda dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Anda! Ada satu lagi pesanan saya. Jika seseorang pensyarah itu mengambil anda sebagai pembantu penyelidiknya dan juga sebagai pelajar siswazahnya, dia tidak akan mengambil pelajar lain lagi. Pada bahu andalah  diletakkan harapan untuk melakukan kerja-kerja makmal untuk projek penyeidikan itu.  Tetapi, jika anda sudah ada niat untuk mendaftar sebagai pelajar siswazah itu hanya untuk mengisi masa sementara mendapat pekerjaan, maka tergendalalah kelak projek penyelidikan itu.  Lebih baik anda berikan peluang itu kepada orang lain yang benar-benar ingin menyambung pelajaran untuk mendapatkan ijazah sarjana atau PhD.

Posted at 07:27 pm by ismad
Share Your views  

Friday, July 22, 2011
Menjadi Pelajar Siswazah (8)

 

Bagi membantu anda menyambung kisah perjalanan anda dari mula tercetusnya hasrat di hati untuk melakukan kembara ilmu ke peringkat yang lebih tinggi, hinggalah sekarang, iaitu anda sudah bersedia untuk menyempurnakan impian anda itu, maka saya cuba paparkan seelok yang mungkin tentang apa yang anda harus lakukan seterusnya. Ya, itulah yang saya akan lakukan selapas "bercuti" daripada membincangkannya sejak 31 Mac 2011 yang lalu. Maaf banyak-banyak bagi mereka yang telah menunggu sekian lama. Saya cuba tidak menghampakan penantian anda yang penuh kesabaran itu.

Baik, anda sudah bersedia, bukan?  Anda sudah bersedia dengan hati yang penuh reda akan kesusahan, tanggungjawab dan cabaran yang menanti. Bukan itukah persediaan dalaman yang anda sudah sematkan dalam jiwa anda apabila anda telah memulakan kembara pecarian ilmu ini?  Anda sudah bulat dengan keputusan anda. Anda sudah berserah diri dan bertawakkal pada Ilahi yang Dia-lah sahaja  yang mempunyai segala ilmu. Dan anda adalah pengemis yang mendamba cecebis ilmu yang akan diperturunkan kepada anda oleh seorang guru, iaitu bakal penyelia anda. Jika demikian anda sudah bersedia.

Maka keluarlah anda dari rumah anda dengan berbekalkan persedian itu disertai dengan restu dan doa ibu bapa anda. Berjanjilah anda dengan ibubapa anda yang anda akan lakukan kembara pencarian ilmu ini dengan bersungguh-sungguh supaya anda dapat kembali dengan membawa segulung ijazah sarjana atau PhD dalam tempoh dua atau tiga tahun. Ingatlah bahawa apa yang saya telah pernah katakan sebelum ini bahawa ibu bapa anda, terutama yang kurang berada atau orang kampung, amat mengharapkan agar anda dapat menyumbangkan wang ringgit kepada keluarga sebaik sahaja anda lulus ijazah pertama dahulu lagi. Bukan itu yang terjadi. Sekrang ini, anda bukan memberikan pertolonagn tetapi anda akan pergi lagi untuk tempoh dua atau tiga tahun. Dan kemungkinan anda perlukan lagi bantuan mereka. Bagaimana perasaan mereka melepaskan anda pergi. Bayangkanlah anda.  Rasailah dan selamilah anda akan perasaan dan harapan mereka........

Anda sudahpun mendaftar!

Dan anda sudah temui kawan-kawan baru. Atupun anda temui kembali kawan-kawan lama anda, iaitu jika anda kembali ke kampus lama semasa anda memperoleh ijazah pertama anda dahulu. Bersama-sama kawan-kawan itu andapun sudah berjaya mendapatkan tempat tinggal. Alhamdulillah.

Seronoknya dapat kembali ke kampus untuk melanjutkan pelajaran dan dipanggil pelajar siswazah. Ya. Anda sudah menjadi seorang pelajar siswazah! Ya. Betul. Syukur.

Tetapi apa yang anda telah capai hanyalah pemulaan sahaja, iaitu kejayaaan untuk dinobatkan sebagai seorang pelajar siswazah. Itu sahaja. Bayangkan jika anda sedang berada pada garis permulaan lumba lari 5000 meter dalam sukan Olimpik.  Dapatkah anda melihat garis penamatnya? Tentulah ianya sayup di hadapan. Jauh. Tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi di antara garis permulaan hingga garis akhir. Berjayakah anda memenangi pingat emas, perak atau gangsa? Jikapun anda tidak memenangi sebarang pingat, berjayakah anda menghabiskan perlumbaan dengan masa terpantas yang anda pernah capai?  Ataupun ada setakat dapat menghabiskan perlumbaan sahaja. Itulah keadaan sekarang; tertanya-tanya, berjayakah anda akhirnya?

Anda sebenarnya tak perlu takut atau risau. Jika anda terfikir tentang kesudahan anda di akhir tempoh 2 tahun (jika anda mendaftar untuk program master) atau 3 tahun  (jika anda mendaftar untuk program PhD) pengajian bermakna anda seorang yang perihatin terhadap kedudukan anda setiap ketika. Anda menyedari akan kemajuan anda pada setiap masa dan dari itu anda merancang kembara anda supaya anda tidak melebihi tempoh yang ditetapkan itu. Anda akan berwaspada dengan kerugian masa diisebabkan anda terleka dengan perkara lain yang tidak seharusnya menjadi agenda penting dalam tempoh pengajian anda itu. Maka layanilah segala kerisuan dan keperihatinan anda dengan membuat penilaian terhadap perkembangan penyelidikan anda berbanding tempoh masa yang dilalui. Semaklah penjadualan anda dan adjust target (ubahsuai sasaran) bergantung kepada keadaan semasa.  Syabasy saya ucapkan kepada anda. You are on track. Teruskan usaha anda yang murni itu.

Posted at 08:45 am by ismad
Share Your views  

Friday, June 24, 2011
Mencari Jodoh VIII

 

Berbalik kepada perkataan visibility yang telah saya sebutkan sebelum ini. Saya telah kata visibility itu ada dua bentuk.  Yang saya telah terangkan ialah visibility dari segi tingkahlaku dan cara berpakaian. Apakah yang satu lagi?

Begini. Apa yang anda lakukan semasa menghadiri sesuatu seminar? Duduk saja tanpa interaksi dengan peserta?  Anda rajin bertanya kepada pembentang kertas kerja oral?  Anda rajin melawat pameran kertas-kerja poster?  Jka tidak rajin bertanyapun adakah anda bertanya sekali dua tentang subjek yang anda betul-betul minat? Jika jawapannya semuanya "Tidak", maka anda tidak ada visibility di majlis itu. tetapi jika anda terlalu banyak bertanya, anda akan dianggap terlalu terbuka.  Ini boleh menimbulkan sangkaan yang kurang baik terhadap peribadi dan tujuan anda bertanya.

Jadi, jika anda ada peluang, tanyalah SATU soalan pada seseorang yang anda rasa berminat, sama ada dalam sesi pembentangan oral dan pembentangan poster.  Paling (sehabis) banyak tanyalah dua atau tiga kali sepanjang sesi pembentangan oral seminar itu. Untuk strategi mencetuskan dan mewujudkan visibiliti, pendedahan diri tidak perlu berlebihan. Cukup sekadar satu dua atau tiga kali itu. Jika berlebihan, sudah tidak ada lagi keunikan pada diri anda, sudah tidak ada lagi yang perlu diketahui. Buat secara sederhana. Ambil pengajaran dari aya-ayat berikut:

Al-Isra', 17:[110]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Al-Fuqan 25:[67]
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dalam apa jua keadaan, prinsip yang ditekankan ialah kesederhanaan. Oleh itu, dalam kes mengcetuskan visibility ini, prinsip yang sama juga elok diguna pakai.

Selepas pencetusan visibility, ianya mesti diikuti dengan followup. Jika anda seorang peserta lelaki, anda boleh followup semasa tea break atau lunch break. Jika anda seorang perempuan anda mungkin boleh berada di tempat-tempat yang strategik semasa tea break bersama seorang kawan anda. Bedoalah agar orang itu lalu di situ dan menegur anda.

Adalah lebih baik jika anda datang tidak sebagai peserta biasa sahaja, tetapi datang sebagai pembentang poster. Seboleh-bolehnya anda cuba berdiri di tepi poster anda sepanjang sesi pembentang poster.  Jika anda sudah melakuan langkah menjadikan diri anda visible dengan bertanya soalan semasa sesi pembentang lisan, maka diri anda sudah di "register" dalam minda orang-orang yang hadir dalam pembentangan lisan itu. Ini akan membuat orang lain juga ingin bertanya tentang poster yang anda sedang bentangkan.  Sambil menuggu pengunjung ke poster anda, berdoalah apa-apa yang patut.

Itulah sedikit sebanyak tip tentang visibiliti dalam sesuatu seminar.  Semoga anda berjaya.  Jika tidak berjaya, bermakna jodoh belum mendatangi anda. Cuba lagi. Sambil itu banyak-banyak berdoa dan bersolat hajat.

Firman Allah (iaitu terjemahannya) Al-Baqarah 45: "Dan memohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan solat. ......."

 

Posted at 08:27 am by ismad
Share Your views  

Friday, June 03, 2011
Mencari Jodoh VII

 

                              Mencari Jodoh VII

Sambungan kepada Bahagian VI ……

Sebenarnya, soalan begini tidak perlu dijawab. Sebagai hamba urusan kita hanyalah untuk membuat sesuatu yang terbaik mengikut peraturan yang diredai oleh Allah yang Maha Agong. Jadi sebagai hamba kita hanya perlu berdoa. Untuk menyempurnkan doa itu hak mutlak Allah. Maka, dalam situasi apapun, tidak bermakna doa kita itu sia-sia sahaja. Kerana kita tidak tahu sama ada orang yang namanya kita sebut dalam doa kita itu adalah seorang yang telah atau akan menjadi seorang yang beriman, beramal dan bertaqwa atau sebaliknya. Kita memang tidak tahu tentang itu; semua itu adalah rahsia Allah Subhanahu Wata'ala, dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Jadi dalam apa-apa keadaanpun, jika tujuan kita adalah tujuan baik kita mesti berdoa. Kita pohon kurniaan dari Allah atas kurniaan-Nya. Kita berharap dan yakin jika sekiranya permohonan kita itu baik, Allah akan perkenankan doa itu mengikut kehendak Allah. Kita juga perlu yakin bahawa apa jua pemberiaan Allah sama- ada yang dipohon atau alternatifnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Kita sambut pemberian itu dengan penuh redha.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi (mafhumnya) : Dari Sulaiman Radiallahuanhu, katanya: "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Tiada yang boleh menolak qada' Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan". Hadith ini seharusnya dapat menguatkan lagi nekad kita untuk berdoa terhadap hasrat kita, walaupun keadaan dilihat seperti tidak menyebelahi hasrat kita itu. Fahamilah bawahasanya kurniaan Allah itu amat luas. Sehinggakan jika kita cuba mengira ni'amat-ni'amat Allah yang kita telah telah kecapi kita tidak akan dapat mengiranya. Demikian adalah intisari dari Ayat 18 Surah An-Nahl:

"dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Namun kita mesti tahu bahawa untuk mendapat rahmat Allah, kita di wajibkan untuk melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wata'ala yang bermaksud:

" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentangi Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah 2: ayat 186).

Sehubungan dengan ayat tersebut di atas, ternyata bahawa jika satu pasangan kekasih itu menjadi begitu intim, maka mereka sudah tidak memyambut seruan Allah supaya menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tanyalah diri anda sendiri, patutkah doa anda diperkenankan oleh Ilahi yang tidak memungkiri janji-Nya?

Anda fikir sekarang..... yang mana sebenarnya yang anda mahu? Yang anda sebutkan namanya atau seseorang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa, yang yang anda tidak tahu siapa dia? Jika Allah berikan kepada anda orang yang anda sebutkan itu, maka anda tidak akan dapat seorang pasangan hidup dari kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Sebaliknya jika Allah hendak mengurniakan anda dengan seorang pasangan hidup dari kalangan orang yang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa, maka anda tidak akan dapat berkahwin dengan orang yang anda sebutkan dalam doa anda itu. Jika Allah tidak mahu beri kedua-duanya, maka anda tidak akan dapat pasangan hidup anda sehingga akhir hayat.

Sekarang cuba anda fikir yang mana lebih baik antara cara berdoa yang berikut:

1. "Ya Allah! kurniakan kepadaku si anu binti si anu sebagai isteriku (si anu bin si anu sebagai suamiku) yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa."

(Di sini bermaksud anda sudah ada teman istemewa atau target yang dikenal pasti).

2. "Ya Allah! jika sekiranya si anu binti si anu (si anu bin si anu) adalah baik bagiku dan mendorongku untuk menjadi orang yang beriman, beramal soleh dan bertqwa sedangkan dia sendiripun adalah dari kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa, maka jadikanlah dia sebagai isteriku (si anu bin si anu sebagai suamiku). Jika sekiranya dia bukan dari kalangan orang seperti itu, Engkau jauhkanlah dia dari hidupku. Aku reda akan ketentuan-Mu."

(Di sini bermaksud anda sudah ada teman istemewa atau target yang telah dikenal pasti).

3. "Ya Allah! jadikanlah daku seorang yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa dan kurniakan kepadaku isteri (suami) yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Ya Allah! Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagi ku daripada diriku sendiri. Maka dengan itu sesiapapun yang Engkau berikan padaku sebagai isteri (suami) aku akan reda akan ketentuan-Mu."

(Di sini bermaksud anda tidak ada teman istemewa atau target yang dikenal pasti; sebabnya mungkin anda belum dapat teman istemewa atau anda tidak berminat untuk mendapatkannya sebelum tiba kepada umur berkahwin).

Sekali lagi saya tekankan bahawa apapun yang saya tuliskan di atas hanyalah satu pendapat berasaskan lojik kita sebagai manusia. Kita kena yakin bahawa kuasa memberi itu hak mutlak Allah, dan yang mana satu yang Allah beri, itupun hak dan kuasa mutlak Allah.

Wallahu 'aalam.

Posted at 12:03 am by ismad
Share Your views  

Thursday, May 19, 2011
Mencari Jodoh VI

Bahagian VI


Dalam posting yang lepas saya ada bawa satu istilah, iaitu visibility. Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan visibility anda dalam sesuatu suasana yang anda harungi atau pada sesuatu majlis yang anda hadiri? Pertama, kita perlu ketahui dahulu apa yang dimaksudkan dengan perkataan visibility ini. Secara literal, ia bermaksud kehadiran pada sesuatu tempat dalam bentuk yang dilihat orang. Jadi, dalam konteks anda menghadiri sesuatu kursus atau seminar, tetapi anda tidakpun disedari oleh orang lain kecuali segelintir kawan-kawan rapat anda, maka itu tidak dinamakan ada visibility. Sebaliknya, jika seseoarng itu melakukan sesuatu perkara yang tidak manis dipandang, itu boleh dikatagorikan sebagai visibility yang negatif. Tetapi itu bukan bentuk visibility yang anda mahu. Malah ia akan memusnahkan segala usha anda untuk mencari jodoh. Jadi, bagaimana bentuk visibility yang diperlukan dalam usaha dan strategi untuk mencari jodoh itu?

Jawapan bagi soalan di atas terbahagi kepada sekurang-kurangnya dua fasa. Fasa pertama adalah merangkumi ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) seperti yang dibincangkan dalam post yang lalu, iaitu pada Bahagian IV. Sehubungan dengan itu, jika anda adalah dari kalangan orang yang sentiasa bersolat hajat dan berdoa, dan anda juga sentiasa berursah dan menghadiri kuliah agama di surau, maka semua amalan itu wujud dan terserlah pada wajah anda. Bahkan ia terserlah pada kelakuan anda dan dipamerkan pada cara berpakaian anda. Maka, sesiapa sahaja, sama ada lelaki atau perempuan yang melihat anda, dan mereka itu adalah dari kalangan yang melakukan amalan yang sama juga, insya Allah mereka tertarik untuk “melihat” anda dengan lebih dekat. Mereka melihat anda bukan dari sudut pandangan melalui mata, bahkan lebih-lebih lagi dengan hati mereka. Inilah satu aspek visibility yang anda perlukan pada kesempatan “bertemu orang” semasa menghadiri kursus atau seminar itu.

Sebelum kita membincangkan tentang bentuk visibility yang kedua, apa kita bincangkan dahulu tentang doa dan pengisian solat hajat yang anda boleh lakukan sebagai amalan sepanjang masa. Dan tentang doa, inipun pelbagai aspek boleh dibicangkan berkaitan dengannya. Tanpa berlengah, mari kita kupas serapi yang boleh dengan melihat beberapa kemungkinan yang relaven pada diri anda masing-masing. Boleh?

Baik. Kita mulakan sekarang. Hmmm…… Katalah anda berada pada situasi yang anda sudah ada teman istemewa atau sudah ada 'target' yang anda minati dan anda mahukan menjadi teman istemewa anda. Jadi anda berdoa agar Allah menjadikan si dia itu lah yang akan menjadi pasangan hidup anda yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Maksudnya, anda berdoa untuk dua permintaan, iaitu tentang seseorang yang sudah anda kenal pasti orangnya, dan kedua, orang yang anda kenal pasti itu, pada yang sama, adalah seseorang yang beriman, beramal soleh dan bertqwa. Cuba fikir, bagaimana kalau orang yang anda sebut namanya dalam doa anda itu sememangnya telah ditakdirkan sebagai seorang yang bukan dari golongan orang-orang yang beramal soleh dan bertqwa, iatu hanya sekadar beriman tetapi tidak cukup amal solehnya? Apa yang akan terjadi pada doa anda? Bagaimana Allah hendak memakbulkan doa anda itu, sedangkan orang itu semamangnya dari awal lagi sudah ditakdirkan tidak begitu? Satu soalan yang mencabar untuk dijawab.

Posted at 07:41 am by ismad
Share Your views  

Next Page